FELDA??euww!!

Apa itu FELDA? Mungkin ramai daripada kita telah sedia maklum mengenai perkataan ini tetapi sejauh manakah pengetahuan kita terhadap agensi ini? Hari ini, Pengembara Senja akan mengupas isu ini. Layan...




Sejarah Penubuhan

  • FELDA merupakan singkatan bagi Federal Land Development Authority.
  • Dalam bahasa ibundanya, dikenali dengan nama LKTP (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan)
  • Mula diasaskan pada 1 Julai 1956

Syarat-syarat untuk memasuki FELDA

  • Peserta dipilih daripada kalangan orang Melayu termiskin di luar bandar.
  • Mereka perlu sihat, berumah tangga, dan antara umur 21 hingga 50 tahun, dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang tidak bertanah untuk berladang.
  • Peneroka baru diberikan tanah sebanyak 10 ekar (bersamaan dengan 40,000 m²) di petempatan yang tertentu untuk mengerjakan ladang pokok getah atau kelapa sawit.
  • Semua peneroka diperlukan tinggal di kawasan petempatan, dan diperuntukkan 0.25 ekar (1,000 m²) di sebuah kampung terancang (seperti Palong, Jelai dan lain-lain) yang telah dibina oleh FELDA.

Inilah sedikit maklumat mengenai FELDA. Sebagai seorang warga Felda, saya amat berbangga kerana agensi FELDA ini adalah satu-satunya di dunia.(Tapi kalau fikir balik, memangla 1 sebab negara lain tak kan nak guna nama FELDA jugak!!).

Apa lagi yang menarik mengenai FELDA? Anda biasa dengar kes penagihan dadah? mat rempit? kaki botol? kes anak luar nikah? ya, sesungguhnya fenomena ini sering kali dihadapi masyarakat FELDA. 

Masih saya ingat satu peristiwa ketika menunggu giliran untuk temuduga biasiswa JPA oleh panel penilai di Politeknik Port Dickson satu ketika dahulu. Berbual-bual dengan seorang mak cik dan seorang pak cik yang berasal dari bandar agaknya.

"Anak ni nak ambik kos apa?"
"Engineering mak cik"
"Bagusla, same dengan anak mak cik. Dari mane datang ni?"
"Saya asal n9 ni jugak makcik..dekat Palong"
"Palong tu FELDA kan?"
"Yup, betul tu"
"Felda ni teruk kan?"
"Kenapa mak cik cakap macam tu?"(hati dah panas sikit)
"Yela, dengan kes Mat rempit nya, dadah nya..takut mak cik..tak berani lah pergi sane"

Persoalannya. Kenapa kalau cakap Felda, semua yang negatif akan terbayang di mata fikiran kita? ya, memang benar masalah seperti ini acap kali timbul di kawasan Felda ini. Tetapi, kenapa perlu dihighlightkan yang buruk-buruk sahaja? Apakah tidak ada baiknya masyarakat Felda ini?

"Kamu duduk Felda ya?tanam getah?bagusla..kalau kamu yang duduk Felda ni xtoreh getah, mesti pak cik g kerje jalan kaki"
"nape pak cik?"
"ya lah, tanpa getah, macam mane kereta pak cik nak bergerak? lain la pak cik pakai keretapi"
"betul jugak ya"

Ada jugak orang yang hargai peneroka rupanya..bukan peneroka sahaja perlu dihargai tetapi golongan yang seangkatan dengannya termasuklah cleaner, buruh, pekerja kilang, dan banyak lagi. Sesungguhnya golongan-golongan seperti ini tidak meminta wang daripada kita melainkan sedikit penghargaan buat mereka, untuk menikmati rasa dihargai..

Sekian sahaja untuk kali ini. Penulisan yang agak formal nampaknya ya? Diharapkan segala informasi ini dapat membantu serta mengubah pandangan kita terhadap masyarakat di sekeliling kita. Wallahualam.

Anak Felda. 09:43.

4 comments:

zurinagaffar said...

tak semua orang FELDA tak senonoh. mcm lah yg dok kg2+bandar2 tak de yg isap dadah, mat rempit, etc. cis.

Cahaya Senja said...

ni sume salah media..jeles agaknya harge getah mahal..uh.

masyur said...

ye sokong!
ank felda dh mju skng, bkn d takuk lme lgi
rmi je yg dh b'jaya bhkn lbh b'jaya drpd mrka2 yg b'jaya..
mentaliti msyrkt skng perlu dp'btolkan..
dgn cara kita sbg ank jati felda yg mengubahnya.
huh..emo skit..

Cahaya Senja said...

huhu..xpe..emo tu perlu..dulu susah,kutuk..sekarg baru nak mula senang sikit, jeles..aduh..