Epal??

Assalamualaikum..jawab2..xjawab dose..baru sampai maktab pkul 6.30 ptg td. penat tu xdela sangat. naik kenderaan awam, bukan naik motor mahupun kete kan..hajat hati memang nak ada motor sebijik. tp tggu la bile dah ade pitih nanti. sekarang ni elaun yang ade pun ckup2 makan je. nak beli motor pun xboleh jugak. kena dahulukan laptop. asyik nak ulang-alik library je bile nak wat assignment, xtahan jugak kan. kesian pulak bila tengok partner aku yg dpt kumpulan dengan aku. mesti lambat sikit siap. sesape yang ada laptop tu hargailah betul2 ye.. haish..melalut pulak malam2 ni..

Lusa paper P.Islam 1..study baru sikit je. alamak..update blog punyela rajin tapi bile nak bukak buku, mulala sindrom2 malas tu datang. bukan malas sebenarnya, cuma xsampai seru lagi. kalaula dapat mimpi jumpa nabi, kan bagus. xyah nak baca buku2 sirah lagi. dah2..melalut lg..

Pas maghrib td borak2 bersama daus, hakim dan nazrin..kononnya nak study same. ntah macam mane boleh timbul soal wanita dan epal pulak..pernah dengar x?? memang xpernah dengar pun sebab ni first time aku cakap kot..

apa persamaannya? macam ni..ada sebatang pohon epal yang rendang, yang dipenuhi dengan epal yang banyak. setiap hari, orang-orang yang melalui pohon tersebut, akan memetik epal-epal yang tercapai oleh mereka. diceritakan bahawa, ada sebiji epal yang sangat menarik warnanya. sangat merah dan boleh dikatakan besar saiznya berbanding epal-epal yang lain. sesiapa yang melalui pohon tersebut pasti berasa geram dengan epal tersebut dan bercita-cita untuk mengambilnya. akan tetapi, epal tersebut berada sangat tinggi, yang letaknya di atas berhampiran pucuk. mereka akhirnya berputus asa.

epal yang sangat diingini oleh orang ramai itu tadi mulai risau. mengapalah tidak ada seorang pun yang ingin memetiknya..hari demi hari berlalu, epal itu mulai risau. dilihatnya rakan-rakan yang lain sering kali dipetik oleh manusia di situ. tiba-tiba terlintas di fikirannya. "Mungkin mereka tidak memetik aku kerana aku ini tinggi barangkali"

akhirnya epal itu tekad. dia bertekad untuk menggugurkan dirinya ke tanah. "mungkin kali ini manusia akan mengutipku."dia berkata sendirian.

namun, jangkaannya itu meleset sama sekali. manusia yang lalu di pohon itu tidak mengendahkannya sebaliknya tetap memilih epal yang berada di atas pokok. Sedih dan menyesal. namun segalanya tidak bererti kini. dipendekkan cerita,  Akhirnya epal itu dimakan ulat..

faham ke apa yang aku tulis ni? pandai2la pahamkan ye. aku nak tido dah..letih..

12:01, Rindu.

0 comments: