Cuti-cuti 1 Poland

"Assalamualaikum, salam sejahtera, salam rahmat, salam nikmat dan salam 1 ukhwah..pada hari ini, saya akan membentangkan tajuk pidato saya di bawah kata kunci bla3...."

 Abaikan ngomelan di atas. Ngomelan di atas sebenarnya terlintas di fikiran apabila teringat kepada para peserta pidato sempena minggu bahasa melayu di IPIS tidak lama dahulu. Cukup berbakat mereka itu. Aku? aku bakat pergi kat benda alah lain..pidato seperti ini menjadi ketakutan bagi aku kerana tangan aku akan seperti menggigil bak pesakit parkinson dan mulut ku pula ibarat orang yang tinggal di Alaska sana dengan suhu melebihi takat beku..menggigil-gigil.

Baru pas makan mi bandung mak buat sebenarnye ni. sedap, memang sedap..ni lah sebabnya aku suke dok kat rumah ni. makan free, xde pakguard, g kedai xyah pkai helmet, wifi laju..lagi ape ye? ah, xkesahla..tapi yang makan tu paling penting. aku xcerewet pon pasal makan. hampir semua benda(yang halal) aku mampu telan. cuma aku akan berselera bila makan kat rumah. setakat ni baru naik 5 kg sejak cuti tu..uh..baru 5 kg??aku nak kne carik lagi 10 kg lagi..ade sesape yg sudi derma??aku nak part daging ye, bukan lemak!!

Cuti-cuti ni, kalau dok rumah saje xbest. xberkembang. oleh itu, kami sekeluarga telah menjalankan satu projek yang dikenali sebagai projek "kolam ikan hiasan"..baru hari ni start. t kalau dah siap kolam tu, aku upload gambau ye..

tp ade jugak benda yang xbest. mak sakit tangan la pulak. angkat batu bata tadi. haish..bau minyak angin warne hijau kat tangan aku ni pun xhilang lagi pas urut mak tadi. rehat2 la mak ye..t kolam da siap kite g shopping ikan Kap banyak2..mak nak banyak mane pon mak cakapla,amal xkesah..

"Wah mal, kau dah pandai bace buku-buku camni ye??"
ni reaksi mak bile nampak abang aku bace novel "Aku Terima Nikahnya" tadi..sebenarnya buku-buku ni milik Abang Shahril yang dipinjamkan kepada aku. katanya untuk rujukan dan penghayatan aku dalam megenal erti cinta dan CINTA..mula-mula ingatkan novel tangkap cintan punya..sekali dah bace, fuhh..best..ni first time aku berjaye habiskan satu buku..buku novel kat sekolah dulu pun aku bace sinopsis je..seb bek dapat jawab time pekse!!nak wat camne..aku xrajin sangat baca-baca buku ni..update blog rajin ler..

Tengah layan-layan blog ada satu hari ni, aku dapat berita yang agak mengejutkan aku. tapi nasib baik beliau dah sihat..Alhamdulillah..moga beliau semakin sihat hari demi hari..risau aku kalau dengar berita camni..lagi2 yang berkaitan orang yang kita sayang..walaupun beliau xde hubungan darah dengan aku, tapi bile dapat tau berite ni, terus datang simpati tu..berbaktilah pada kedua-dua orang tua selagi mereka masih bernyawa..sekadar peringatan untuk diri ini juge. pasal yang tu, jgn risau..saya terima..ape pun keadaanya, saya terima..insyaallah..nak dapat pun dah susah..xkan senang2 nak lepas..

Misi seterusnya bermula esok. menyiapakan tugasan terakhir menyiapkan kolam ikan. harap2 xhujan esok..tapi kalau hujan, rahmat la..sedapnye tido..huaarghh...

Layan PES jap.tata.

aku yang menghampiri umur 20..10:03

0 comments: