Aku sebenarnya..

Keinginan yang membuak-buak menulis sesuatu dalam blog Pengembara Senja meski hari masih petang. Angin sepoi-sepoi bahasa mencium pipiku kini. langit yang tadinya cerah mula menampakkan petanda bermulanya sebuah tangisan alam akan berkunjung tiba. petang ahad ini aku rasakan berbeza berbanding petang yang lain. entah apa sebabnya, aku juga tidak mengerti. mungkin ada sesuatu hikayat tersembunyi di sebalik perjalanan meniti hari usiaku yang mula mencecah 20, awal tahun hadapan.

peningkatan usia bukanlah sesuatu yang harus aku banggakan kerana bertambahnya usia bermakna bertambahnya tanggungjawabku kepada masyarakat dan keluarga, serta diriku. peningkatan usia juga memberi isyarat amaran betapa waktuku di dunia ini semakin mendekati tempoh luputnya, menghampiri senjanya.

melihat gambarku di awal zaman kanak-kanak. comel. penuh dengan senyuman dan ketawa. kanak-kanak yang tidak mengenal erti musuh dan derita, keluh dan sengsara.

kini aku sudah dewasa. misai dan janggut tumbuh subur di wajah sugulku. wajah yang penuh dengan dugaan hidup.wajah yang sentiasa diuji pelbagai ujian ilahi kepada insan mukallaf sepertiku.

Hujan yang tadinya lebat kini sudah mula berhenti. meski hilangnya menggembirakan hati, mendungnya tetap ada.biarkan.bukankah hujan itu perlu bagi hari yang ceria?aku redha.

"Hafiz dah balik!!hehe..balik juga kau ye hafiz..nanti aku pulangkan laptop kau balik"

sekian. nukilan yang tiada motif, 05:02.

0 comments: