Sabarlah Wahai Hati, Tabahlah wahai Jiwa

Arghh..
Mimpi itu muncul dan muncul lagi..sudah berapa hari aku mengalami mimpi yang sama. 

Hari minggu ini aku rasakan berbeza dengan hari-hari minggu yang lain. Entah mengapa hatiku yang sebelum ini sering ternanti-nanti tibanya esok, seperti bisu. Bisu dengan emosi. Ah, bukankah aku sudah berjanji pada diriku hal yang seperti ini tidak akan terjadi pada ku??Bukankah aku sudah berjanji bahawasanya aku tidak akan bersedih?

Menagapa wahai hati? Mengapa kau begini padaku? Kau merentap egoku taktala ku ingin berlagak selamba..
Ah..bukankah aku lelaki yang kuat? lelaki yang sentiasa ceria taktala menghadapi musibah, yang sentiasa tersenyum meski dimarah? Kali ini aku menyerah dan berserah. 

Bukankah sebelum ini aku juga pernah mengalami perkara yang sama? Namun mengapa kali ini aku begitu memikirkannya, hatiku seolah dilanda badai. 

Mungkin kerana dia begitu berharga dan istimewa di mataku.Malah dihatiku juga ku rasa begitu. Pertama kali aku merasakan perasaan ini dalam hidupku. SUMPAH!!

"Cinta tidak semestinya memiliki..cinta juga boleh jadi mendampingi dan mengkagumi"

Ya Allah..pulihkanlah hati ini. Jadikanlah cintaku padaMu melebihi segala-galanya. Amin ya Robb..

Aku harapkan segala ini hanyalah pernulaan. Permulaan bagi meniti kebahagiaan kelak. Wassalam.

-Insan Redha

0 comments: