Pemergian Yang Tiada Kembali

Pemergian adalah lumrah yang telah, sedang dan bakal dirasai oleh setiap manusia yang ada di dunia ini. Cuma persoalannya kini adalah BILA, DI MANA dan BAGAIMANA pemergian itu datang menjemput hamba-Nya..

Malam 4 oktober 2010 itu pasti akan segar dalam memori warga Kampus Pendidikan Islam, lebih-lebih lagi bagi kami penuntut semester 3.. Malam yang dirasakan cukup bererti bagi mereka yang begitu menghargai erti sebuah PERSAHABATAN..

Suasana suram menyelubungi sahabat handai serta ahli keluarga seorang sahabat yang perjuangannya terhenti sekadar di sini.. Thaqifah Malek. Nama yang agak asing juga bagiku namun, dari lisan rakan-rakanku, dapatlah jua ku mengenali dirinya serta menyelami penderitaan yang lama dihadapi oleh allahyarhamah..

Sebak rasanya untuk ku meneruskan tinta nukilanku ini namun ku gagahi jua kerana perkongsian ini dapatlah kiranya menjadi asbab untuk memperingati hayat kita selagi terdaya..

Sebelum ini, seorang daripada sahabat kita telah pergi meninggalkan kita.. Kini gilirannya..

Persoalan demi persoalan bermain dalam benak fikiranku. Persoalan yang merunsingkan malah mendebarkan untuk dibicara. Persoalan 'giliran aku bila pula?' muncul jauh di lubuk hati..

Namun, BILA dan DI MANA bukanlah yang sepatutnya kita risaukan kerana persoalan APAKAH dan BAGAIMANA perlu kita pertimbangkan terlebih dahulu..

APAKAH sudah cukup persediaan bagiku untuk dijemput oleh Penciptaku? Sedangkan dosaku tidak terhitung banyaknya..ibarat debu di angkasa..terlalu banyak..Dosa pada Allah..dosa pada emak dan abah..dosa pada kakak, abang dan adikku..dan dosa pada rakan-rakanku..Apakah aku sudah mempunyai persediaan untuk menghadapi saat itu? saat di mana malaikat menghampiriku..mempersoalkan perlakuanku di dunia ini..

Menanti jawapan yang tiada kepastian, persoalan BAGAIMANA menghampiri hatiku..
Bagaimana caranya aku dijemput oleh Engkau ya Allah? apakah taktala ku berhibur bersama teman-temanku di Alamanda, Mines, Mid mahupun Warta? taktala diri ini melakukan perkara yang sangat jauh daripada yang Engkau ingini aku laksanakan??
ataupun Engkau menjemputku taktala aku dalam perjalanan ke kuliah di pagi hari, dengan keikhlasan niat mempertingkat diri dengan ilmu-Mu ya Allah? ataupun taktala aku sujud di bentangan sejadah di subuh hari dalam ketaqwaan hati memperingati-Mu Tuhanku?

Persoalan demi persoalan berlegar di fikiranku..
Kini baruku sedar betapa agungnya kesakitan yang diberikan kepada manusia..Saudari telah meninggalkan kami selepas menanggung kesakitan yang teramat..Kesakitan yang dapat menyedarkan kita bahawa ajal itu semakin menghampiri kita..Kesakitan yang dikeluh itu sepatutnya dijadikan asbab untuk kita bersyukur kerana diberikan peluang untuk bertaubat sementara ajal datang menjemput..

Namun bagi kita yang sihat, janganlah disangka ajal itu akan ditangguh. Ingatlah..ajal tidak akan datang sesaat sebelum mahupun selepas daripada yang ditentukan..apakah ketika aku bermain futsal, bola tampar mahupun badminton?

Semoga pemergian itu menjadi jambatan untuk kita lebih mendekatkan diri memperingati mati..hidupnya manusia di muka bumi ini ibarat terbit dan terbenamnya matahari..terlalu singkat..sama-samalah kita fikirkan..

Dalam kesempatan ini, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk saudari Thaqifah Malek yang telah kembali ke rahmatullah pada malam 4 oktober 2010..Al-Fatihah..

"Hidup ini mencari mati. dunia itu tempat menanam dan akhirat itu tempat menuai dan ingatlah akhirat jua yang kekal abadi.."

0 comments: