Kerana Engkau yang bernama Sahabat

Dedikasiku buat sahabat, yang sedang berada dalam keadaan sihat hendaknya.

Macam nak tulis wasiat pulak daa..kali ni post aku tak nak sentuh bab-bab cinta ni..tangguhkan dulu soal tu. Kali ni aku nak cerita soal KETABAHAN dalam menjalani hidup. layann...

Ada orang kata, aku ni jiwang. Orang kata, aku xkata ye..
Ah..jiwang ke,x ke..yg penting kita hepi kan??


Ok,ok..kali ni aku xnak jiwang ye..aku nak kita sama2 berfikir sejenak mengenai ujian yang kita hadapi sepanjang hidup ini. Dari kita lahir ke dunia ini,sampailah sekarang,rasanya dah beribu-ribu masalah yang kita hadapi kan?


ada masalah yang membebankan, ada yang memeningkan kepala..macam-macam masalah pernah kita hadapi. Dan sebagai manusia yang bergelar remaja, pasti wujud satu masalah dalam diri kita iaitu masalah perasaan.


Apa sebenarnya yang aku nak cakap ni? Baiklah. Sebagai manusia yang ada hati dan perasaan, kita tidak boleh lari daripada fitrah untuk mencintai dan dicintai. Yang membezakannya cuma kita sebagai fa'el (pencinta) dan mafulu bih (yang dicintai). Hehe..mood nak periksa, kena poyo sikit..


Ini bukan kisah aku. Tetapi kisah kita semua. Hidup ni bila difikirkan seolah-olah sebuah jalan cerita yang sudah ditentukan babaknya. Apa yang membezakannya cuma watak pelakonnya. Pengakhiran kepada jalan cerita cuma ada dua: sedih atau gembira.


kalau kita tengok muvie la kan, kita akan pilih yang mana? mesti yang happy ending kan? Kita semua maklum tentang perkara ini. Tapi hidup xboleh jadi macam ni. Hidup kena ada sedih dan gembira, perih dan ketawa..barulah kita kenal erti syukur dan kufur..


"Perkara paling susah dalam dunia ini adalah memuaskan hati semua orang"


Biasa dengar pujangga ini? Seorang sahabat memberikannya kepada aku. Aku tau ko baca blog aku sekarang ni.aku sangat hargainya.


 Kak, sepanjang aku kenal ko, aku dah banyak dengar cerita-cerita ko. Ade yang sedih, ada yang gembira..aku sangat bangga dapat jadi kaunselor peribadi tidak bertauliah untuk ko. Ko dah banyak ajar aku erti hidup. Kak,aku faham masalah ko. Aku pon tumpang sedih atas apa yang berlaku kat diri ko. Berat mata aku yang pandang. Aku xboleh gantikan tempat ko, tapi aku boleh tolong ko pikul beban tu, semampu aku. Aku tau air mata ko selalu mengalir kan? sekuat mana pun hati kita, sekental apa pun jiwa, bila perkara berkaitan perasaan seperti ini, kita sering kali tertewas kan?


Kak, hidup kita ni macam main dam ular. akak pernah main dam ular mase kecik2? Best kan? mula-mula kita pilih buah kita, lepas tu lempar dadu, keluar nombor. kita pun jalan..1,2,3,4,5...sampaila 100..tapi kak, nak sampai 100, bukan senang tau. Ada tangga, ada ular..kalau dapat tangga untungla..cepat sampai..tapi kalau dapat ular?lagi-lagi bila dapat ular yang paling panjang..elok-elok dah nombor 70, terus turun no 12..bengang je kan?


Macam itula hidup kita kak.. Kita bermula dari 0..tak tahu apa-apa..Kita mulakan perjalanan hidup kita dengan langkah yang yang telah kita tentukan bilangannya, macam dadu..Tapi kita tak mampu kawal dadu tu..jadi, bukan kita yang salah kan kalau kita 'jatuh' kena makan ular tu kan?


Kak, kalau akak dah jatuh, akak nak stop main ke? jangan kak..selagi permainan belum tamat, akak jangan menyerah. Dam ular xsemestinya ada ular je dalam permainan tu kan? cuba akak tengok. Banyaknya tangga..ada yang pendek, ada yang panjang..kalau dapat yang panjang tu kan kak, mesti senang nak menang kan?akak doa-doala dapat tangga selalu sebelum lempar dadu..tapi kalau dapat ular, jangan berhenti berdoa pulak tau..


"setiap benda yang berada di atas, pasti akan jatuh"


Ni bukan Newton's Law ye..ni Our Law..yup, kita punya. Hari ni kita tengok daun hijau baru bertunas kat belakang blok..lepas exam arab, tengok daun tu dah xde..cari punya cari, rupanya dah jadi daun kering..ade kat sebelah kaki kita..dah gugur..Kita sedih kan bile tengok daun yang dulunya hijau segar kini bertukar coklat kering?


Kak, hidup ni macam daun..kita xboleh selamanya hijau. Mustahil!! kadang-kadang kita kena korbankan diri kita, apa yang kita miliki, demi kebahagiaan orang lain. Daun yang coklat tu kak, sanggup gugurkan diri dia untuk bagi laluan daun yang baru tumbuh. Semua tu untuk apa kak? semua tu kita lakukan sebab kita ni daun yang berasal dari pohon yang sama. biarlah kita berkorban asalkan pohon kita tu cantik..kan??


Akak janganla sedih-sedih lagi ye..kalau akak sedih, saya pun mesti sedih jugak. Ye??tapi kalau akak sedih jugak, bagitau aku naa..hehe..kan da cakap kedah dah..


Janganla nangis ea..aku tau akak terharu dengan post ni (haha..bajet je) tapi janganla nangis tau..t nak pekse t xdpt jawab. tido awal malam ni. doakan untuk aku sekali ea..kalau pagi esok ngantok minum nescafe 3 in 1 pagi tu..jawab pekse dah la dalam dewan..sejuk..t tido je kejenye..huu..


Sekian dahulu untuk kali ini ye..aku nak study untuk exam kali ni..caiyok mal caiyok!!jangan malas2..t makwe xnak kat ko..pompuan xsuke laki pemalas ni..hehe..


aku yang tersenyum - 31/10/2010

2 comments:

dieba said...

seorg shbt perlu b'korban tok shbtnye xkire dr sgi pe kn????
thniah sbb b'jye mjd shbt yg bek kpd shbt2 anda...=)

Cahaya Senja said...

btul tu kak diba..harap2 jd la shbt yg baik..