Engkau dan Dia

Hari demi hari berlalu. Perjalanan meniti hari itu semakin tiba ke penghujungnya. Sebulan ibarat setahun lamanya. Aku semakin gelisah. Gelisah menanti jawapan yang akan mengubah pengembaraan senja hidupku ini. Perubahan yang menentukan kebahagiaan atau pun kesengsaraan. Namun aku harus kuat. Kuat untuk menerima segala takdir yang ditentukan-Nya. Menerima jawapan yang diberikan, aku perlu tabah. Hanya ya atau tidak. Tiada mungkin tiada boleh juga.

Di saat ini aku masih menanti. Meskipun jawapan 'tidak' akan kau berikan kelak, aku harus menelannya. Seperti pahitnya ubat, kepahitan itu adalah perlu bagi mengubati kesakitan ini. Aku mesti percaya. Segala keputusan adalah baik bagiku. Kerana aku yakin, adanya Dia di sisiku. Dia yang mendengar rayu doaku di keheningan hari menuntut belas ihsan untuk dinikmati meskipun secangkir cuma. 

Aku harus menunggu...
dan tetap menunggu..
demi kehidupanku..

0 comments: