Aku dan Engkau

malam yang sepi..
ditemani melodi yang mengasyikkan..
membuatku seolah-olah dibuai mimpi..
walaupun ku dalam kesedaran..

hehe..entah apala agaknya bermain dalam fikiran aku sekarang ni. Kacau bilau..macam kucing kematian anak agaknye..semuanya gara-gara suatu perkara yang ku rasa mengecilkan hatiku..walaupun aku tidak pasti perkara itu suatu hakikat ataupun cakap-cakap kosong..

sesungguhnya diri ini hanyalah seorang insan biasa yang ingin dikasihi serta disayangi..sama seperti orang lain."Aura Personaliti Warna." begitulah tajuk buku yang terletak di hadapanku..ku belek dan ku baca..halaman demi halaman. amat tepat apa yang diperkatakan tentang diriku. aku mula berfikir sejenak mengenai masa depanku. tiba-tiba hal itu bermain di benak fikiranku. yup..hal yang semua orang gemar untuk memperkatakannya..hal berkaitan hidup bahagia bersama sehingga akhir hayat..bersama dalam satu keluarga yang aman sentiasa..

namun,segalanya perlu dimulai dengan langkah yang satu. langkahan yang akan menentukan hala tuju kehidupan. dalam pencarian itu, satu pengorbanan perlu dilakukan. sememangnya perjuangan itu memerlukan pengorbanan. pengorbanan yang cukup besar dan ada kalanya pengorbanan yang melibatkan permainan hati dan perasaan..

Teman, aku tahu engkau insan yang mulia. insan yang dapat membahagiakan sesiapa yang memilikimu. insan yang memiliki peribadi dambaan setiap manusia. Ya Allah..jika benar dialah insan yang ku cari selama ini, Kau pertemukanlah kami dalam rahmat-Mu..

Namun, andainya engkau bukanlah insan itu, aku redha dengan ketentuan-Nya kerana ku tahu ada hikmah di sebalik ketentuan itu.

Terima Kasih Teman.. (^_^)

"sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang"

0 comments: