Kerana Engkau yang bernama Sahabat

Dedikasiku buat sahabat, yang sedang berada dalam keadaan sihat hendaknya.

Macam nak tulis wasiat pulak daa..kali ni post aku tak nak sentuh bab-bab cinta ni..tangguhkan dulu soal tu. Kali ni aku nak cerita soal KETABAHAN dalam menjalani hidup. layann...

Ada orang kata, aku ni jiwang. Orang kata, aku xkata ye..
Ah..jiwang ke,x ke..yg penting kita hepi kan??


Ok,ok..kali ni aku xnak jiwang ye..aku nak kita sama2 berfikir sejenak mengenai ujian yang kita hadapi sepanjang hidup ini. Dari kita lahir ke dunia ini,sampailah sekarang,rasanya dah beribu-ribu masalah yang kita hadapi kan?


ada masalah yang membebankan, ada yang memeningkan kepala..macam-macam masalah pernah kita hadapi. Dan sebagai manusia yang bergelar remaja, pasti wujud satu masalah dalam diri kita iaitu masalah perasaan.


Apa sebenarnya yang aku nak cakap ni? Baiklah. Sebagai manusia yang ada hati dan perasaan, kita tidak boleh lari daripada fitrah untuk mencintai dan dicintai. Yang membezakannya cuma kita sebagai fa'el (pencinta) dan mafulu bih (yang dicintai). Hehe..mood nak periksa, kena poyo sikit..


Ini bukan kisah aku. Tetapi kisah kita semua. Hidup ni bila difikirkan seolah-olah sebuah jalan cerita yang sudah ditentukan babaknya. Apa yang membezakannya cuma watak pelakonnya. Pengakhiran kepada jalan cerita cuma ada dua: sedih atau gembira.


kalau kita tengok muvie la kan, kita akan pilih yang mana? mesti yang happy ending kan? Kita semua maklum tentang perkara ini. Tapi hidup xboleh jadi macam ni. Hidup kena ada sedih dan gembira, perih dan ketawa..barulah kita kenal erti syukur dan kufur..


"Perkara paling susah dalam dunia ini adalah memuaskan hati semua orang"


Biasa dengar pujangga ini? Seorang sahabat memberikannya kepada aku. Aku tau ko baca blog aku sekarang ni.aku sangat hargainya.


 Kak, sepanjang aku kenal ko, aku dah banyak dengar cerita-cerita ko. Ade yang sedih, ada yang gembira..aku sangat bangga dapat jadi kaunselor peribadi tidak bertauliah untuk ko. Ko dah banyak ajar aku erti hidup. Kak,aku faham masalah ko. Aku pon tumpang sedih atas apa yang berlaku kat diri ko. Berat mata aku yang pandang. Aku xboleh gantikan tempat ko, tapi aku boleh tolong ko pikul beban tu, semampu aku. Aku tau air mata ko selalu mengalir kan? sekuat mana pun hati kita, sekental apa pun jiwa, bila perkara berkaitan perasaan seperti ini, kita sering kali tertewas kan?


Kak, hidup kita ni macam main dam ular. akak pernah main dam ular mase kecik2? Best kan? mula-mula kita pilih buah kita, lepas tu lempar dadu, keluar nombor. kita pun jalan..1,2,3,4,5...sampaila 100..tapi kak, nak sampai 100, bukan senang tau. Ada tangga, ada ular..kalau dapat tangga untungla..cepat sampai..tapi kalau dapat ular?lagi-lagi bila dapat ular yang paling panjang..elok-elok dah nombor 70, terus turun no 12..bengang je kan?


Macam itula hidup kita kak.. Kita bermula dari 0..tak tahu apa-apa..Kita mulakan perjalanan hidup kita dengan langkah yang yang telah kita tentukan bilangannya, macam dadu..Tapi kita tak mampu kawal dadu tu..jadi, bukan kita yang salah kan kalau kita 'jatuh' kena makan ular tu kan?


Kak, kalau akak dah jatuh, akak nak stop main ke? jangan kak..selagi permainan belum tamat, akak jangan menyerah. Dam ular xsemestinya ada ular je dalam permainan tu kan? cuba akak tengok. Banyaknya tangga..ada yang pendek, ada yang panjang..kalau dapat yang panjang tu kan kak, mesti senang nak menang kan?akak doa-doala dapat tangga selalu sebelum lempar dadu..tapi kalau dapat ular, jangan berhenti berdoa pulak tau..


"setiap benda yang berada di atas, pasti akan jatuh"


Ni bukan Newton's Law ye..ni Our Law..yup, kita punya. Hari ni kita tengok daun hijau baru bertunas kat belakang blok..lepas exam arab, tengok daun tu dah xde..cari punya cari, rupanya dah jadi daun kering..ade kat sebelah kaki kita..dah gugur..Kita sedih kan bile tengok daun yang dulunya hijau segar kini bertukar coklat kering?


Kak, hidup ni macam daun..kita xboleh selamanya hijau. Mustahil!! kadang-kadang kita kena korbankan diri kita, apa yang kita miliki, demi kebahagiaan orang lain. Daun yang coklat tu kak, sanggup gugurkan diri dia untuk bagi laluan daun yang baru tumbuh. Semua tu untuk apa kak? semua tu kita lakukan sebab kita ni daun yang berasal dari pohon yang sama. biarlah kita berkorban asalkan pohon kita tu cantik..kan??


Akak janganla sedih-sedih lagi ye..kalau akak sedih, saya pun mesti sedih jugak. Ye??tapi kalau akak sedih jugak, bagitau aku naa..hehe..kan da cakap kedah dah..


Janganla nangis ea..aku tau akak terharu dengan post ni (haha..bajet je) tapi janganla nangis tau..t nak pekse t xdpt jawab. tido awal malam ni. doakan untuk aku sekali ea..kalau pagi esok ngantok minum nescafe 3 in 1 pagi tu..jawab pekse dah la dalam dewan..sejuk..t tido je kejenye..huu..


Sekian dahulu untuk kali ini ye..aku nak study untuk exam kali ni..caiyok mal caiyok!!jangan malas2..t makwe xnak kat ko..pompuan xsuke laki pemalas ni..hehe..


aku yang tersenyum - 31/10/2010

Siapa yang Rampas Cintamu

Harapan hatiku ingin hidup bahagia...
Tetapi mengapa sering saja hati ini diluka..
Baru ku cuba nak bercinta lalu engkau pun buat angkara..
Mengapa mesti aku yang menjadi mangsa..
Harapan untuk kekalan hanya tinggal igauan..

Walaupun telah aku bertahan tapi apa kan daya..
Retak akhirnya kasih kita tanpa ku tahu apa punca..
Mudah benar kau mematah dahan asmara..
Sampai bila harus diri ku begini....

Sampai bila mesti kau dera hatiku..
Dimanakah janjimu yang kau tabur dulu..
Sebelum kuserahkan cinta..
Betapa... hancurnya hatiku..
Siapa yang ganggu hatimu..Siapa yang rampas cintamu...

Katakan padaku biarlah jelas segalanya..
Siapa yang sedang kau sayang..Siapa yang sedang kau buru..
Berterus teranglah dari kau terus menyiksaku..

Future Wife(s)

Luahan hati seorang lelaki..bukan aku tulis..tp aku setuju dgn tulisan dye..layan..

Kehadapan my future wife(s) I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I ...menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.

  So, wahai my future wife(s)   I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.

 I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.   Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?   Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.  

My future wife(s),   I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.  

Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.

 Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.  

My future wife (s),
  You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.

 Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?   I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bull****. So, don't trust them.

 Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan.

*hehe..xnak ckp banyak..cume nak tmbah skit je..

Kepada future wife sy pulak, sy harap awk boleh terima sy seadanya..walaupun sy ni tidaklah berilmu dan berharta sangat, tp sy boleh bahagiakan awak sehabis baik yang mungkin, dengan apa yang saya ada sekarang ni..

saya pon xtau siapa awak..entah dari mana asal awak, umur awak..tp saya janji akan bersama2 awak sampai akhir hayat saya..sekian..huuu...

Kalimah Cinta


Pepohon cintaku kian merimbun
Semakin dicantas makin bertunas
Tidak mampu mendustai hatiku
Rasa cinta fitrah manusia
Siapalah aku menolak cinta
Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa
Hidup ini tidak akan sempurna
Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa
Adam Hawa bercinta di Syurga
Angkara iblis terpisah menderita
Kerana cinta mereka setia
Bertemu di dunia
Dengan cinta kenal Pencipta
Dengan cinta kenal RasulNya
Kerana cinta kenal saudara
Bahagia keluarga
Oh indahnya cinta
Hidup tanpa cinta
Sengsaralah jiwa
Sengketa dan dusta
Yang merajai jiwa
Di batasan cinta syariat terjaga
Tanpa keraguan tanpa kesangsian
Betapa sucinya kasihMu Tuhan
Betapa agungnya kebesaranMu
Diri ini mengharapkan cintaMu
Kekalkanlah rasa kehambaan ku

Hati Batu

Halo kawan..wa mau story sama lu kawan..hari ni wa xnak saya awak mahupun ana enti dengan lu. lu tau kan wa ni hati batu, kawan?


Wa mau tanya sama lu kawan..wa ada wat salah dengan lu ka kawan? wa ada hancurkan hati lu? wa tau memang ade. ni bukan apa yang wa mintak kawan. wa memang xde niat. wa tolong lu ikhlas, lillahi taa'la.

Wa xsalahkan lu jugak . wa tau lu tarak niat mau benci sama wa. tapi kawan, wa mau tanya sama lu. pernah ke kite  bersama kawan? wa anggap lu sebagai kawan saja..xlebih dari tu.


sekarang hati wa dah lembut. wa pon malas la mau pikir hal ni lg kawan. lu xpayah la ungkit2 lg kawan.. sekali dua lu buat, wa diamkan saja..tapi dah banyak kali kawan..banyak kali..


Lu cita benda ini sama itu kawan2 lu. Wa tau benda ni besar bagi lu. Wa diamkan saja. wa tau hati lu terluka kawan. wa bagi lu masa. tapi kali ni wa meletop kawan. wa dah xtahan la..


dah macam2 persepsi orang sama wa..baik ada buruk ada..tapi orang macam wa orang pandang buruk saja kawan..wa tarak kisah sama itu olang..yang wa kisah bila kawan2 wa anggap wa ni lelaki tarak guna woo..


Sudah la kawan. Wa hati batu. Wa hati batu bila kawan wa lempar batu sama wa..
wa harap lu bukan kawan mcm tu..wa sayang sama lu..wa sayang suma kawan2 wa..

wa harap lu dengar isi hati wa ni kawan.







Menanti atau pergi?

26.10.2010.
Genap sebulan penantian yang agak mendebarkan hati, menggusarkan jiwa.
Dalam penantian ini ada ketabahan. Dalam penantian ini juga tersemat secebis tabah.

Hari ini helaan nafas lega dapat dinikmat seadanya. Penantian itu sudah terjawab. Penantian yang dirasakan cukup lama bagi seorang insan panas baran, hati batu, jiwa kasar seperti aku.

Peti masuk alam maya itu ku buka dengan tabah. Aku sudah mengetahui jawabnya namun untuk kepastian hati yang bertanya mengapa, aku gagahi jua.

"dye x tolak dan dye x terima,dye x kate ‘ya’ or ‘tidak’."


Seakan ada sinar yang baru buatku. Jawapan yang diberi tidak seperti yang ku jangka. Semakin bercambah pula persoalan berlegar di benak fikiran kusutku. Kusut, busut kepalaku berserabut.


Aku pula yang diberi pilihan. Ah, sebelum ini aku menanti jawapan. Sekarang aku pula perlu memberi jawapan.


Jari menggeletar. Handphone bergetar. Fikiran berkecamuk. Hati mengamuk. 


"SEND"


Rundingan terbaru berjalan. Perang atau damai. Bukan itu yang ku maksudkan. Tiada persengketaan dalam epilog kali ini. Cuma pembentukkan sebuah negara baru itu menjadi tanda tanya. Negara yang akan mencantumkan dua budaya dan fahaman. Yang menemukan dua fikiran dan jiwa dalam satu rasa.


Aku pilih untuk menanti. 


Ya Robb, Kau tetapkanlah hati-hati kami. Amin..


26/10/2010, 01:48

Sabarlah Wahai Hati, Tabahlah wahai Jiwa

Arghh..
Mimpi itu muncul dan muncul lagi..sudah berapa hari aku mengalami mimpi yang sama. 

Hari minggu ini aku rasakan berbeza dengan hari-hari minggu yang lain. Entah mengapa hatiku yang sebelum ini sering ternanti-nanti tibanya esok, seperti bisu. Bisu dengan emosi. Ah, bukankah aku sudah berjanji pada diriku hal yang seperti ini tidak akan terjadi pada ku??Bukankah aku sudah berjanji bahawasanya aku tidak akan bersedih?

Menagapa wahai hati? Mengapa kau begini padaku? Kau merentap egoku taktala ku ingin berlagak selamba..
Ah..bukankah aku lelaki yang kuat? lelaki yang sentiasa ceria taktala menghadapi musibah, yang sentiasa tersenyum meski dimarah? Kali ini aku menyerah dan berserah. 

Bukankah sebelum ini aku juga pernah mengalami perkara yang sama? Namun mengapa kali ini aku begitu memikirkannya, hatiku seolah dilanda badai. 

Mungkin kerana dia begitu berharga dan istimewa di mataku.Malah dihatiku juga ku rasa begitu. Pertama kali aku merasakan perasaan ini dalam hidupku. SUMPAH!!

"Cinta tidak semestinya memiliki..cinta juga boleh jadi mendampingi dan mengkagumi"

Ya Allah..pulihkanlah hati ini. Jadikanlah cintaku padaMu melebihi segala-galanya. Amin ya Robb..

Aku harapkan segala ini hanyalah pernulaan. Permulaan bagi meniti kebahagiaan kelak. Wassalam.

-Insan Redha

Ketentuan itu

Semua yang terjadi itu pasti ada hikmahnya..

Penantian itu sudah terjawab. Ternyata seperti yang aku jangka, sejak awal-awal lagi. Aku harus terima keputusan itu dengan hati yang tenang, dada yang lapang dan jiwa yang senang. Aku harus bermuhasabah kembali. Perubahan yang drastik perlu dilakukan demi keperluan. Aku tahu pasti ada sebabnya Kau mentakdirkan aku begitu.

Eh, tapi kenapa hal ini yang perlu aku bimbangkan? Bukankah Kau ada bersama-samaku? Dengan adanya Kau, aku tenang. Dengan mengingatkan Kau, aku kembali senang. Tenang dan senang memikirkan betapa indahnya hidup yang dilalui. Memikirkan betapa luasnya nikmat yang Kau berikan. Aku hanya meminta 1, tetapi Kau memberikan 101 untuk ku. Sedangkan aku tidak pernah meminta semua itu.

Menunggu..
Dan terus menunggu..
Aku buntu.

Daus yang di sebelahku dah lelapkan matanya..
Hakim dan nazrin gelak ketawa menonton Spontan..
Aku??

Pertama kali aku merasai perasaan ini. Sindrom hati bedebar dan fikiran melayang mula menjangkiti aku. Baru ku tahu aku memiliki genetik penyakit ini. Apabila mitosis dan meiosis mula menzahirkan fitrahnya, aku menjadi-jadi. Penyakit ini sukar dikawal. Ah, doktor, bolehkah kau ubati penyakit ini? perlukah aku diberi Paracetamol 500mg mahupun Aspirin untuk mengurangkan penularan wabak ini? Ataupun Morphine perlu disuntik ke atas ku meskipun benda alah itu dilarang oleh kerajaan Malaysia?

Berubat cara kampung jela nampaknya. Itu ikhtiarnya. Atau rawatan secara Islam? ya, aku pilih yang kedua. Rawatan yang sudah terbukti efektif..Solat, Quran, Puasa, Wuduk..apa lagi wahai doktor hati?Apa lagi yang aku perlu lakukan untuknya? Oh ya..makanan Hati dan Rohani..ZIKIR!!

Sekarang, ketiga-tiga mereka dah tidur. Aku juga perlu mengikuti syahid mereka. Untuk Esok yang ceria, rehat perlu ada.

Selamat malam semua, selamat malam dunia, selamat malam cinta..

-Untuk Kau yang bernama Insan-

Engkau dan Dia

Hari demi hari berlalu. Perjalanan meniti hari itu semakin tiba ke penghujungnya. Sebulan ibarat setahun lamanya. Aku semakin gelisah. Gelisah menanti jawapan yang akan mengubah pengembaraan senja hidupku ini. Perubahan yang menentukan kebahagiaan atau pun kesengsaraan. Namun aku harus kuat. Kuat untuk menerima segala takdir yang ditentukan-Nya. Menerima jawapan yang diberikan, aku perlu tabah. Hanya ya atau tidak. Tiada mungkin tiada boleh juga.

Di saat ini aku masih menanti. Meskipun jawapan 'tidak' akan kau berikan kelak, aku harus menelannya. Seperti pahitnya ubat, kepahitan itu adalah perlu bagi mengubati kesakitan ini. Aku mesti percaya. Segala keputusan adalah baik bagiku. Kerana aku yakin, adanya Dia di sisiku. Dia yang mendengar rayu doaku di keheningan hari menuntut belas ihsan untuk dinikmati meskipun secangkir cuma. 

Aku harus menunggu...
dan tetap menunggu..
demi kehidupanku..

Kerana aku yang bernama Poland

Dalam dunia ni, kita kan jumpa pelbagai spesis manusia. Ada yang berkopiah, ada yang bertanduk..tapi bukan tu yang nak kita ambil kisah kali ni. Persoalan hati manusia yang sukar diduga tindakannya menjadi tinta aku kali ini.

Pernah x kalian merasakan gerak-geri kalian menjadi perhatian dan bahan umpatan mahupun cacian masyarakat sekitar yang bernama kawan? Bagus kalau xpernah. Sekurang-kurangnya kalian xmerasakan bagaimana sakitnya berkawan.

Kadang-kadang apa yang kita buat ada sahaja mata-mata jahat yang memerhatikan. Mulut mereka menyampaikan pendustaan kepada telinga-telinga kehancuran. Hasilnya, wujudlah satu perasaan yang dinamakan benci..

BENCI

Aku xkesah kalau ada orang nak benci aku. tapi yang aku kesah mereka yang menaburkan fitnah dusta dan umpatan seksa terhadap diri aku. Ingat, sekali kita benci seseorang itu, 10 kali orang akan benci kat kita. Ditambah pula dengan umpatan seksa yang kau lakukan, bertambah lah ramuan dosa hidangan neraka yang kau sajikan untuk diri kau sendiri. Memang cukup rasa.

Aku xtujukan post ni pada sesiapa. Kecuali pada mereka yang bernama kawan di hadapan ku, tetapi syaitan di sebalik ku. Aku tahulah aku bukannya ustaz yang berkopiah bulat, berserban panjang, bertasbih koka, berjubah putih dan bercapal nabi, tapi aku masih seorang insan bernama Manusia. Ada hati dan perasaan. Marah dan tertekan, sedih dan terkilan. semuanya disebabkan kau yang bernama kawan.

Daripada aku dok melayan perasaan yang terkadang sampai darjat meroyan, baik aku mencari seorang teman yang lebih menyenangkan aku berbanding kawan yang menikam tidak bersenjata seperti kau.

Teman, aku ucapkan terima kasih pada mu kerana sudi menerimaku walau apa keadaanku. Kau mengubahku dari gelap kepada terang. Aku yakin pemergianmu nanti akan memberi satu perasaan 'kehilangan' pada diriku dan hidupku.

Kerana Aku yang Bernama POLAND

Apakah aku perlu melakukan satu perubahan dalam diriku? Perubahan yang memaksaku pergi jauh dari apa yang aku miliki sekarang. Maafkan aku wahai teman-temanku. Aku masih belum bersedia. Perubahan itu memerlukan perjuangan. Dan perjuangan itu memerlukan pengorbanan.

Aku bukan seperti kalian wahai teman-temanku. Kalian terlalu tinggi darjatnya berbanding aku. Berikanlah ku masa. Perubahan yang sedikit namun berterusan akan aku lakukan untuk menjaga hati kalian semua. Kalian dengan cara kalian, aku dengan caraku. Kalian dengan nama arab kalian, aku dengan nama Poland ku..

"janganlah kita merasakan diri kita sudah cukup ilmunya berbanding yang lain kerana boleh jadi orang yang kita bandingkan itu mengamalkan ilmu yang sedikit, tetapi kita yang berilmu ini sedikit sekali mengamalkannya"

Rumahku Syurgaku..

Rumahku Syurgaku..walaupun xseindah Floria d Putrajaya, tapi aku bertuah sebab ada mak yang sangat minat akan landskap dan hiasan laman.






 gambar di bawah ini adalah pokok Markisa..Buahnya boleh dibuat jus





Koleksi sepanjang zaman..sejak berkecimpung dalam dunia sukan ini, inilah hasil yang aku dapat. Walaupun x segah mana pon, tapi kira adala jugak kan..



Di dalam rumah..








Flora dan fauna..




 Haa..ni yang special sket..gambar di bawah ini adalah tumbuhan yang diberi nama Anggur..juga ditanam di rumah..


Snap..Belalang yang singgah di rumah kami..juga boleh dimakan..

Erti Sebuah Kesengsaraan

Pagi Ahad yang syahdu..
ketika in mentari baru sahaja menyapa pagi di ufuk timur..
rumateku masih berselubung dengan selimut..menutupi kepalanya..
seram pon ada bila tengok..

Aku masih menguap..
mungkin dek kerana keletihan semalam masih belum hilang..
keletihan bermain petanque
yang menyaksikan satu rentetan perlawanan yang panjang...

Baiklah..pada kali ini kita akan sama-sama membicarakan mengenai "nikmat pada kesusahan"
wujudkah nikmat dalam kesengsaraan yang kita hadapi?
mungkin kita sering tertanya-tanya perihal ini. faktor pandangan atau persepsi seseorang yang menghadapi kesukaran itu sebenarnya menentukan sejauh mana kita bersyukur terhadap ujian yang menimpa diri.

Mungkin selama ini kita sering mengeluh dengan pelbagai masalah. Ingatlah, Allah tidak akan jadikan sesuatu perkara itu tanpa sebab.

Ketika kita mengeluh dek kerana panasnya mentari yang menimpa diri, Allah menciptakan redup untuk kita.. Kita berterima kasih pada redup yang memayungi diri kita dan murka pada panas yang membakari kita..
Adakah selama ini kita pernah terfikir, jika tidak kerana mentari yang kita murkai itu, kita tidak akan pernah kenal hadirnya redup dalam hidup ini? Tanpa hadirnya bahang mentari, apakah redupnya dapat dinikmati?Malah perkataan redup itu tidak akan wujud sama sekali!

Mengapa juga kepahitan itu diwujudkan dalam rencam rasa deria kita? Bukankah pahit itu suatu rasa yang jelek, suatu rasa yang dibenci dan dijauhi? Namun, jika kita melihat perkara ini dalam perspektif yang berbeza, pahit sangat bernilai hadirnya.

Tanpa pahit, kemanisan itu adalah rasa yang tawar.
ya, kepahitan itu dicipta agar kita mengenali apa yang dinamakan kemanisan. Kepahitan itu diwujudkan supaya dapat mengwujudkan rasa yang manis..

Indah sungguh penciptaan-Nya..
setiap perkara yang terjadi itu pasti ada hikmahnya. Taktala ada dalam kalangan saudari-saudariku yang mengeluh untuk menutupi diri mereka, yang mengatakan hukum itu diskriminasi, fikirlah kembali. Jangan sampai keluhan itu menjadi suatu keluhan pada Pencipta kita. Hukum itu dicipta bukan untuk menyukarkan, malah untuk kesenangan kita jua..

Assignment yang banyak itu juga sebenarnya sesuatu yang patut disyukuri kehadirannya. Kesibukan kita menyudahkannya sebelum tiba waktu serahan menguji kita sejauh mana sabarnya kita dalam menghadapi ujian. Hadirnya assignment juga menjadikan kita lebih bersyukur akan nikmat masa lapang itu juga sendiri. Jadi, gunakanlah masa lapang kita dengan sebaiknya...

Semoga apa yang dibincangkan dapat kita teladani. Sesungguhnya jari yang menulis ini menjadi saksi perbuatan diri yang lemah dan hina ini jua. Salam sayang daripada saya.. (~_~)

"Jadilah seperti pokok. Mengharap panas untuk dirinya. Memberi redup untuk manusia"

Rileks Kejap..

Anda tertekan?banyak assignment?jangan stress ye.. Rehatkan minda sejenak bersama ilusi optik (optical illusion) di bawah ini. Layan..


Berapa kaki Gajah ini??


Berapa wajah yang anda nampak?
Gambar ini menggabungkan 3 wajah:ibu, bapa dan anak perempuan

Apakah anda dapat lihat bintik kelabu di setiap pertemuan simpang?
ia tidak dilukis di sini tetapi dilukis dalam otak anda!

rapatkan dan jauhkan mata anda daripada skrin berulang kali. 
apa yang akan anda nampak?

Bulatan tengah mana yang lebih besar?
jawapan:SAMA

Apa yang anda lihat?suatu pusingan ke dalam?
anda salah. cuba perhatikan sekali lagi.

Fokus pada titik di tengah-tengah gambar.
kemudian ke depan dan belakangkan pandangan anda daripada skrin.




Haha. kali ni aku pasti mata anda semua akan menari-nari bersama.
Imej ini menipu otak kita yang kemudian mentafsirkan gambar ini sedang bergerak



Jangan perhatikan lama-lama sangat ye..
Boleh kena pukau.Hehe

Menjemput Bidadari

Bila yakin tlah tiba
Teguh di dalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga

Smentara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia-sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf Sang Tambatan Hati
Di penantian mencari diri
Bermohonkan ampunan
Dipertemukan

Segera kan ku jemput engkau bidadari
Bila tiba waktu kutemukan aku

Ya Ilahi Robbi
Keras ku mencari diri
Sepenuh hati

Teguhkanlah ku di langkah ini
Di pencarian hakikat diri
Dan ijinkan ku jemput bidadari
Tuk bersama menuju-MU mengisi hari

Kini yakin tlah tiba
Teguh di dalam jiwa
Kesabaran adalah permata

Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia-sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Adam dan Hawa
Turun ke bumi terpisah jarak waktu
Di penantian mencari diri
Bermohonkan ampunan
Dipertemukan

Bidadari tlah menyentuh hati
Teduhkan nurani
Bidadari tlah menyapa jiwa
Memberikan makna

Pemergian Yang Tiada Kembali

Pemergian adalah lumrah yang telah, sedang dan bakal dirasai oleh setiap manusia yang ada di dunia ini. Cuma persoalannya kini adalah BILA, DI MANA dan BAGAIMANA pemergian itu datang menjemput hamba-Nya..

Malam 4 oktober 2010 itu pasti akan segar dalam memori warga Kampus Pendidikan Islam, lebih-lebih lagi bagi kami penuntut semester 3.. Malam yang dirasakan cukup bererti bagi mereka yang begitu menghargai erti sebuah PERSAHABATAN..

Suasana suram menyelubungi sahabat handai serta ahli keluarga seorang sahabat yang perjuangannya terhenti sekadar di sini.. Thaqifah Malek. Nama yang agak asing juga bagiku namun, dari lisan rakan-rakanku, dapatlah jua ku mengenali dirinya serta menyelami penderitaan yang lama dihadapi oleh allahyarhamah..

Sebak rasanya untuk ku meneruskan tinta nukilanku ini namun ku gagahi jua kerana perkongsian ini dapatlah kiranya menjadi asbab untuk memperingati hayat kita selagi terdaya..

Sebelum ini, seorang daripada sahabat kita telah pergi meninggalkan kita.. Kini gilirannya..

Persoalan demi persoalan bermain dalam benak fikiranku. Persoalan yang merunsingkan malah mendebarkan untuk dibicara. Persoalan 'giliran aku bila pula?' muncul jauh di lubuk hati..

Namun, BILA dan DI MANA bukanlah yang sepatutnya kita risaukan kerana persoalan APAKAH dan BAGAIMANA perlu kita pertimbangkan terlebih dahulu..

APAKAH sudah cukup persediaan bagiku untuk dijemput oleh Penciptaku? Sedangkan dosaku tidak terhitung banyaknya..ibarat debu di angkasa..terlalu banyak..Dosa pada Allah..dosa pada emak dan abah..dosa pada kakak, abang dan adikku..dan dosa pada rakan-rakanku..Apakah aku sudah mempunyai persediaan untuk menghadapi saat itu? saat di mana malaikat menghampiriku..mempersoalkan perlakuanku di dunia ini..

Menanti jawapan yang tiada kepastian, persoalan BAGAIMANA menghampiri hatiku..
Bagaimana caranya aku dijemput oleh Engkau ya Allah? apakah taktala ku berhibur bersama teman-temanku di Alamanda, Mines, Mid mahupun Warta? taktala diri ini melakukan perkara yang sangat jauh daripada yang Engkau ingini aku laksanakan??
ataupun Engkau menjemputku taktala aku dalam perjalanan ke kuliah di pagi hari, dengan keikhlasan niat mempertingkat diri dengan ilmu-Mu ya Allah? ataupun taktala aku sujud di bentangan sejadah di subuh hari dalam ketaqwaan hati memperingati-Mu Tuhanku?

Persoalan demi persoalan berlegar di fikiranku..
Kini baruku sedar betapa agungnya kesakitan yang diberikan kepada manusia..Saudari telah meninggalkan kami selepas menanggung kesakitan yang teramat..Kesakitan yang dapat menyedarkan kita bahawa ajal itu semakin menghampiri kita..Kesakitan yang dikeluh itu sepatutnya dijadikan asbab untuk kita bersyukur kerana diberikan peluang untuk bertaubat sementara ajal datang menjemput..

Namun bagi kita yang sihat, janganlah disangka ajal itu akan ditangguh. Ingatlah..ajal tidak akan datang sesaat sebelum mahupun selepas daripada yang ditentukan..apakah ketika aku bermain futsal, bola tampar mahupun badminton?

Semoga pemergian itu menjadi jambatan untuk kita lebih mendekatkan diri memperingati mati..hidupnya manusia di muka bumi ini ibarat terbit dan terbenamnya matahari..terlalu singkat..sama-samalah kita fikirkan..

Dalam kesempatan ini, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk saudari Thaqifah Malek yang telah kembali ke rahmatullah pada malam 4 oktober 2010..Al-Fatihah..

"Hidup ini mencari mati. dunia itu tempat menanam dan akhirat itu tempat menuai dan ingatlah akhirat jua yang kekal abadi.."

Aku dan Engkau

malam yang sepi..
ditemani melodi yang mengasyikkan..
membuatku seolah-olah dibuai mimpi..
walaupun ku dalam kesedaran..

hehe..entah apala agaknya bermain dalam fikiran aku sekarang ni. Kacau bilau..macam kucing kematian anak agaknye..semuanya gara-gara suatu perkara yang ku rasa mengecilkan hatiku..walaupun aku tidak pasti perkara itu suatu hakikat ataupun cakap-cakap kosong..

sesungguhnya diri ini hanyalah seorang insan biasa yang ingin dikasihi serta disayangi..sama seperti orang lain."Aura Personaliti Warna." begitulah tajuk buku yang terletak di hadapanku..ku belek dan ku baca..halaman demi halaman. amat tepat apa yang diperkatakan tentang diriku. aku mula berfikir sejenak mengenai masa depanku. tiba-tiba hal itu bermain di benak fikiranku. yup..hal yang semua orang gemar untuk memperkatakannya..hal berkaitan hidup bahagia bersama sehingga akhir hayat..bersama dalam satu keluarga yang aman sentiasa..

namun,segalanya perlu dimulai dengan langkah yang satu. langkahan yang akan menentukan hala tuju kehidupan. dalam pencarian itu, satu pengorbanan perlu dilakukan. sememangnya perjuangan itu memerlukan pengorbanan. pengorbanan yang cukup besar dan ada kalanya pengorbanan yang melibatkan permainan hati dan perasaan..

Teman, aku tahu engkau insan yang mulia. insan yang dapat membahagiakan sesiapa yang memilikimu. insan yang memiliki peribadi dambaan setiap manusia. Ya Allah..jika benar dialah insan yang ku cari selama ini, Kau pertemukanlah kami dalam rahmat-Mu..

Namun, andainya engkau bukanlah insan itu, aku redha dengan ketentuan-Nya kerana ku tahu ada hikmah di sebalik ketentuan itu.

Terima Kasih Teman.. (^_^)

"sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang"

KaTa OrAnG

nikmati hidup sehabis mungkin...
prinsip yang aku pegang selama ni.
tapi nikmat pon, ada batasnya..
selagi tak melampaui batas, kira on jela..

kali ini, aku nak bercakap soal pandangan manusia terhadap tingkah laku yang akan kita bincangkan selepas ini. stay tuned..

baiklah. pernahkah kita melakukan sesuatu perkara yang amat kita gemari dan kita rasakan perkara itu dapat memberikan kita kepuasan tanpa mengganggu hidup orang lain, tetapi kemudian perbuatan itu ditempelak serta diperkatakan dengan kata-kata sindiran lagi menyakitkan telinga yang mendengar serta memedihkan hati yang merasa?satu soalan yang agak panjang nampaknya. Dalam bahasa mudahnya, "cakap-cakap orang" terhadap diri kita la..

Aku yakin semua pernah mengalaminya. kadang-kadang kita sendiri pelik dengan orang macam ini. dari spesis apakah mereka ini?alien, predator atau mungkin spesis Darwin yang hampir pupus dari alam semesta ini? pasti ada sahaja perkara yang ingin disuarakan mengenai tingkah laku individu yang dirasakan bertentangan dengan 'fahaman' serta 'idealogi' yang mereka pegang selama ini.

Mengapa masih wujud mentaliti seperti ini dalam masyarakat yang kononnya diangkat sebagai masyarakat yang amat bertamadun sedangkan masyarakat yang bertamadun itu tidak lengkap definisinya sekiranya tidak disertai pemikiran yang terbuka serta berteraskan prinsip-prinsip keagamaan. Begitulah hakikatnya.

Sampai bila kita mampu bertahan?20 tahun lagi?jangan bermimpi di siang hari kerana pasti mimpi itu sekadar mimpi dan realitinya hanya dikecapi di malam hari. itu pun jika kita masih mampu terus hidup di sebelah pagi pada keesokan harinya.

Kerana itu bagi aku, aku tidak akan sekali-kali mempercayai orang di sekeliling aku dengan mudah sekali melainkan ahli keluargaku..kerana mereka inilah yang membentuk aku menjadi aku seperti hari ini. jika bukan mereka, pasti aku sudah menjadi mereka yang digelar 'sampah' oleh kita semua.

Pesanan aku..
lakukan apa yang anda ingin lakukan selagi anda mampu melakukannya. kerana satu hari nanti, anda akan menyesal dengan apa yang tidak sempat anda lakukan dek kerana terlalu memikirkan "cakap orang" dalam masyarakat kita hari ini.

kepada mereka yang gemar mengkritik diri orang lain, tiada apa yang aku ingin sampaikan kecuali satu-
"kalian boleh katakan apa sahaja selagi mana kalian masih dapat memperkatakannya menggunakan mulut kalian. kalian harus ingat pada satu masa nanti mulut yang kalian miliki sekarang akan dikunci. kalian tidak mampu berkata apa-apa  melainkan dengan menggunakan kaki,tangan serta penglihatan kalian. jika hari itu tiba kelak, kalian carilah aku di celahan jutaan umat manusia di tengah mentari yang terik di sebuah daerah yang tandus berpasir yang harinya sudah dijanjikan kelak untuk meminta secebis ihsan dariku.jika saat itu kalian menyapaku sekadar dengan seukir senyuman,pasti akan aku balas dengan kemaafan..Aku janji(itu pun kalau kalian jumpa)."

sekian...

p/s: ingat ye 'kalian'