perasaan atau perasan??

sering kali kita dengar orang membicarakan tentang perasaan cinta. bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. tak salah bercinta asalkan cinta itu membawa ke jalan yang diredhai.

sepanjang aku hidup bergelar makhluk yang dikategori dalam spesies homo sapiens ini, telah banyak jenis manusia yang aku temui, dan masing-masing mempunyai karakter cinta yang turut berbeza.

seorang yang pemalu, akan membawa karakter pemalunya itu dalam percintaannya. tetapi dengan sedikit keyakinan dalam dirinya, ia mampu mengungkapkan perasaannya itu.

karakter yang bahaya bagi aku adalah bagi mereka yang jarang atau tidak pernah bercinta dan mungkin orang yang dia minat itu adalah 'cinta pandang pertamanya'. fenomena ini berlipat kali ganda bahayanya apabila cinta yang dimiliki dalam hatinya, ditolak.

ada dua cara cintanya ditolak; sama ada ditolak secara zahir, ataupun ditolak kerana dia sendiri tidak pernah mengungkapkan perasaannya kepada orang yang diminatinya itu.

hasil daripada cinta yang ditolak ini, jika tidak dikawal, dapat memberikan kesan yang cukup negatif kepada dirinya. mungkin dek kerana percintaan yang gagal itu tadi, ada di kalangan kita yang berazam bahawa dia akan mempermainkan cinta kerana dia sudah kecewa dengan dirinya.

namun begitu, ramai juga yang tidak menjadikan hal ini sebagai sebab untuk mereka berputus asa. saya amat kagumi dengan ketabahan seorang sahabat yang pernah menceritakan kepada saya mengenai kisah hidupnya. kisahnya amat mengharukan. namun, kekecewaan yang dialami tidak menjatuhkannya malah menjadi asbab untuk dirinya menjadi seorang yang lebih tabah dan cekal dalam menghadapi hidupnya.

cintailah yang maha mencintai..


ramai yang seringkali melupakan Dia. sedangkan Dia tidak pernah melupakan kita walaupun sesaat. bagaimana kita sendiri dapat menjadi seorang yang dicintai jika kita sendiri tidak menyintai??hidup ini adil.jika anda beri, anda akan dapat pulangannya.cintailah Allah..sesungguhnya cinta-Nya jualah yang hakiki..dan kita akan dapat cinta itu. berdoalah,kerana doa itu adalah senjata bagi orang-orang mukmin..

perbincangan mengenai cinta ini tidak habis di sini. saya akan menceritakan lebih lanjut mengenai sikap-sikap manusia dalam percintaan,orang yang bagaimana yang sepatutnya anda cintai dan banyak lagi. nantikan..

"bukan semua yang kita inginkan akan kita miliki dan bukan semua yang kita miliki, apa yang kita inginkan.bersyukurlah kepada apa yang ada di hadapan kita."

5 comments:

husniyah bazlaa said...

ye...cinta pd illahi itu lebih baik..

cinta itu anugerah dr Dia..cinta umpama hadiah..tp kita sepatutnya mencintai si pemberi lebih dr mencintai hadiah tersebut..

cintailah si pemberi..si pemegang hati2 kita..

Shahreel Basfary Al-Fayyumy said...

ust akmal..saya nk tanya kamu cket..ada org mengatakan " cinta itu tak perlu diluahkan sbb org yg saling punya 1 rasa pasti akan perasan " apa pendapat ust? saya benar2 konpius nie.. harap ust dapat membantu.. tima kaseh =)

muhamad akmal jamaludin said...

husniyah,btul 2..walau apa pun,kembali pada yg asal..

muhamad akmal jamaludin said...

kepada saudara shahril, dalam hal ini, saya merasakan bahawa cinta yang seperti ini adalah terhasil daripada keikhlasan seseorang dalam percintaanya itu. jika dia ikhlas dalam percintaannya itu, allah akan memberi perasaan yang sama terhadap orang yang dicintainya itu, walaupun dia tidak mengungkapkannya. inilah yg dipanggil teori magnet manusia. 2 orang manusia yg mempunyai tarikan pada salah 1 pihak, akan mengalami perkara ini.wallahualam.

Shahreel Basfary Al-Fayyumy said...

tima kasih ust akmal..saya amat menghargai perkongsian ust nie..magnet cinta dari Ilahi pasti mekar subur di hati.. =)