Mudahnya Islam

kali ni saya nak bercerita sikit pasal hidup kita kat dunia ni. dalam hidup ni, kita boleh buat apa sahaja yang kita suka, asalkan berpandukan syariat islam. sebenarnya islam ni sangat2 mudah. cuma kita sebagai umatnya sahaja yang menjadikannya susah.

ramai dari kalangan kita takut untuk mendekati islam kerana mereka beranggapan bahawa agama islam ini amat berat untuk diamalkan. pemahaman yang salah ini sangat merugikan jika tidak dibendung. bagi mereka yang mengamalkan islam pula, kadang kala wujud satu golongan ekstremis dalam mengamalkan ajaran islam.

sebagai contoh, islam memberi panduan kepada umatnya supaya menundukkan pandangan kepada yang bukan mahram baginya. adakah menundukkan pandangan dalam konteks ayat ini bererti seseorang itu perlu berjalan secara menunduk sepanjang masa, sehinggakan orang di sekelilingnya menganggap dirinya sombong, tidak bersosial dan sukar didekati?

saya sendiri mempunyai pengalaman dalam hal ini. peristiwa ditengking oleh seorang wanita amat sukar dilupakan. bukanlah kerana menyimpan dendam, tetapi kerana lucu. lucu dek kerana tindakkannya itu. memang benar, islam melarang seorang wanita melunakkan suara di hadapan seorang lelaki yang bukan mahramnya. tetapi adakah cara untuk tidak melunakkan suara adalah dengan menengking, bercakap dengan nada yang tinggi, marah serta kasar. wanita itu dilahirkan sebagai makhluk yang lembut. di manakah kelembutan wanita jika hal seperti ini terjadi?

pemahaman yang salah mengenai islam ini yang sebenarnya menyebabkan tanggapan masyarakat kita hari ini membenci serta menghina islam. padahal bukanlah disebabkan islam itu sendiri, tetapi kerana fahaman yang salah yang diamalkan kita.

sebagai seorang pendakwah, kita seharusnya melihat perkara seperti ini sebagai satu hal yang sangat serius. hal ini kerana, dewasa ini islam itu tidak diamalkan sebagai agama, tetapi lebih kepada budaya.

islam itu agama yang kuat. dan allah suka akan hambanya yang kuat. mengapa kita sebagai umat islam perlu menjadi lemah? jalan dengan lemah dan tidak bermaya, bercakap dengan nada yang sangat perlahan dan kadangkala sukar untuk memahami apa yang diperkatakannya.

sesungguhnya nukilan saya ini bukanlah bertujuan merendahkan sesiapa sahaja yang ada di sekeliling kita, tetapi mengajak kita berfikir sejenak mengenai kehidupan kita sebagai seorang manusia.

wallahualam..

"senyumlah. kerana senyuman itu adalah penawar kepada hati yang luka, penyembuh jiwa yang lara, pengubat diri yang sengsara" 

0 comments: